Peraturan 规则

March 18th, 2015

1) Semua ahli wushu perlu menghadiri setiap kali perjumpaan wushu.

2) Ahli-ahli yang tidak menghadiri wushu haruslah mempunyai sebab yang munasabah dan menghantar surat ibu bapa atau surat badan koku lain.

3) Kad hijau koku haruslah dibawa ke setiap kali perjumpaan. Kad hijau perlu mempunyai nama, kelas dan nama “Wushu”.

4) Ahli-ahli yang lupa membawa kad hijau harus memberitahu wakil tingkatan masing-masing dengan serta-merta.

5) Ahli-ahli yang datang lewat melebihi 7:40 perlu menjalani hukuman iaitu membersihkan tempat lontar peluru dan diberi amaran.

6)Ahli-ahli perlu memakai kemeja-T wushu dan trackbottom (ada dijual di koperasi sekolah) atau seluar panjang. Jeans tidak dibenarkan. Hanya kasut sekolah dan kasut sukan dibenarkan unuk dipakai.

7) Ahli-ahli hanya boleh balik pada pukul 9:30am. Yang ingin balik awal perlu memberi sebab yang munasabah dan surat untuk membuktikan sebab tersebut. Ahli-ahli yang balik awal sebelum 8:30am tidak akan dikira sebagai hadir.

8) Ahli-ahli tidak boleh meninggalkan tempat letak kereta tanpa kebenaran jurulatih semasa latihan dijalankan.

  • Comments(0)

Trackback URI | Comments RSS

Leave a Reply

You must be logged in to post a comment.