Farewell

July 26th, 2014

Pada hari tersebut, para ahli Wushu I telah berkumpul di tempat letak kereta setelah disuruh oleh ahli jawatankuasa bagi menyenangkan tugas ahli jawatankuasa.Seterusnya,naib pengerusi telah memberitahu bahawa mereka akan menjalankan sesuatu permainan sebelum aktiviti farewell. Selanjutnya, naib pengerusi telah memberitahu peraturan permainan tersebut kepada para ahli. Para ahli pula bermula memainkan permainan tersebut dan mereka bermain dengan sugguh girangnya. Setelah permainan tersebut, masa untuk menjamu selera pula tiba. Para ahli jawatankuasa telah bertanggungjawab menjalankan tugas mereka dengan membahagikan juadah kepada semua ahli Wushu I. Ahli-ahli Wushu I pula memberi kerjasama dengan sepenuhnya dengan beratur semasa mendapatkan makanan. Setelah menikmati juadah yang sedap, para ahli pula memberikan ucapan terima kasih kepada guru-guru penasihat yang telah menghadiri farewell Wushu I. Seterusnya, mereka pula pulang ke rumah masing-masing.

Aktiviti telah memberi pengalaman manis untuk semua ahli dan hal ini juga telah mengeratkan hubungan silaturahim antara ahli-ahli Wushu I. Di samping itu, kegiatan farewell ini juga telah memupuk semangat perpaduan antara ahli-ahli menerusi permainan yang telah diadakan pada hari tersebut, bak kata orang “sambil menyelam minum air”.

 

Trackback URI | Comments RSS

Leave a Reply

You must be logged in to post a comment.